Quantcast
Channel: VALUES OF LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Last N3 citer Hraya

$
0
0
Ermmmm...Salam tengahari untuk semua readers auntie
hehehehe auntie nak citer lawatan2 kawan2 masa penghujung raya
no worries lepas ni, habis dah citer2 Hraya..

Hari Jumaat, kan lunch time lama sikit
Jadi opis mate abam jubah kata nak visit auntie
mereka semua adalah dekat dihati auntie walaupun
tak kenal mereka
Abam Jubah selalu menceritakan pasal kakak2nya dan abangnya di opis
banyak menasihat dan mengajar abam jubah kerja
dan juga ambil kisah akan kesedihan yang abam jubah lalui

Auntie rasa amat terharu akan kunjungan tu
Bossnya juga ada datang masa tu
tapi sekarang dia dah naik pangkat dan dipindahkan kedepartment lain
Yang pergi tetap pergi, Boss baru nanti, pandai2lah jaga diri
jangan sampai dibenci, ingat tu anak ku

Meh kita nengok gambar2 kenangan yang ada

Sebelum Solat Jumaat para2 jejaka
menjamu selera biskut dan kek
Abam Jubahlah bancuh air
Auntie bersembang2 dengan mereka

ada gambar auntie terselit dikanan..hihihihi

Sesudah Solat Jumaat mereka menjamu selera makanan berat pula
Auntie juga tidak susah2, abam jubah dan kakak2nya
set table dan hidangkan makanan yang ada..hihihihi



Auntie masak yang mudah
Claypot Chicken Rice dan Sos Cili
Salad, tahu, tempe dan paru goreng
Sup peanuts, terlupa lak nak ambil gambar



Kus semangat habis jer makan mereka siap basuh pinggan dan gelas2 sampai clear
Alhamdulillah..

Lepas makan sessi bergambar sebelum mereka ke opis sambung kerja


Yang tengah tu belum kawin, auntie bertanya dah berpunya ker? Dia hanya senyum tak jawab
Kata kawannya, bersusun2 nak kan dia, 
so sweet orangnya

Mereka nak juga bergambar dengan auntie..hihihihihi




Mereka bawa buah2an sebakul untuk auntie
Wah seronoklah auntie boleh makan buah mangga, apple dan pear
Alhamdulillah

Bakul ni cantik sangat

Lawatan lagi dari kawan siber

Auntie dihubungi melalui surat dan email dari silent reader untuk salam perkenalan
Berkenalan melalui siber tapi auntie sayang mereka
kerana mereka yatim piatu

Mereka datang melawat auntie dua beradik
Auntie jemput Pija juga malam tu
sebab mereka ada membeli product yang Pija jual

Ohhh..malam yang indah bila salah seorang tu bawa anaknya
yang lebih kurang sebaya dengan cucu auntie
Gaya berjalan, gaya dia memanggil kucing
Aduhai, auntie nangis2 teringat cucu
takper..auntie peluk cium baby tu
dan dia pula tak takut orang
Ahamdulillah


Baby Esya 






Malam tu auntie buat nasi impit, kuah kacang dan sambal daging
jadi auntie jamu mereka makan
terlupa pula nak ambil gambar

Auntie tak pula mengambil gambar mummy esya, cantik orangnya
lihatlah emak sedara esya,  cantik kan?



Ada  buah tangan untuk auntie bila mereka buat lawatan salam perkenalan


Auntie masih berhubung dengan mereka melalu email
Rasa terharu berkenalan dengan mereka
sebab mereka hendak menabur bakti untuk auntie sebagai ibu mereka
Sedih auntie dibuatnya..

Moga perkenalan kita berkekalan
Aamiin




Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles