Sudah berlalu Hari Raya Idul Adha
Juadah2 yang dimasak semalam
Ada balance lagi
Alhamdulillah hari ni auntie rehat dari memasak
Abam jubah silent protest the whole day semalam
tak keluar bilik dan turun lansung
maknanya tak makan dan minum
tak ambil ubat lansung
bila dia pilih hidup begitu...
itulah yang dia dapat
di biarkan melata dan merana
sakit tak dilawati
hari raya pun tak endah diziarahi
sampai bila kah keadaannya begini
Inilah diantara sekian banyak ujian yang hebat dan berat
buat anak ku
Dia cuba perbaiki keadaan
dia sudah pun menjengok
isteri, anak dan mertuanya pada akhir Syawal yang lalu
Ermm tapi sayang
ada sikap dendam tak kesudah, masih tegar dengan
keputusan, mahukan anak mereka tinggal disana
anakku redha dan menurut kehendak mereka
untung isterinya dapat suami yang penyabar sampai macam ni
Kebahagian itu lahir apabila kita berupaya membahagiakan
orang-orang yang kita sayangi
Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah, adalah ibu bapanya.
Seorang isteri wajib menjaga hati mertua.
Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak keatas menantu mereka.
Pagi ni abam jubah turun
auntie dan dia tidak bercakap
berpunca semalam, auntie bertanya, mengapa isteri dan anaknya tidak
berusaha datang jengok bila dia sakit
dan yang menjadi tambah ketat bila Raya pun masih
berdolak dalik
nampak sangat tidak berhati perut
Pada auntie ini adalah perbuatan khianat
terhadap abam jubah dan keluarga kami
Anak auntie tidak diberi haknya sebagai suami
Isteri yang dinikahi dengan sah dan halal dalam islam..
Ermmm...buatlah apa yang korang suka
tapi ingatlah anak ku
Hidup bukan untuk hidup
Hidup untuk yang Maha Hidup
Dahulukan Allah kemudian nafsu
Auntie kutip baju2 dalam bakul untuk basuh pagi ni
Jubah yang dia pakai semalam ada bekas darah
mungkin darah jahitannya, tidur lasak mungkin
atau jahitannya masih "raw" didalam..
esok abam jubah sudah mula bekerja
Semoga ianya kuat mental dan fisikal
Aamiin
Moga 'mereka' pulihkan keadaan sengketa ini
Semoga kita elakkan kebencian Allah
yakni memusuhi sesama islam
terutama kekeluargaan
Serangkap Pantun
Keluarga erat kerana kasih dan sayang
Silaturahim jalinan hati
Untuk kecapi hidup tenang
Ukhwahlah kita sampai mati