Puasa yang ke 6, Hari ini Jumaat Pertama Ramadhan
Keluar lewat untuk ke Pasar Ramadhan
Beli kuih 2 macam saja
Kuih Ku dan Kaya Balls
auntie goreng sendiri Popia frozen
Kek lapis Sarawak dan Pau dari Jakarta
Lauk pauk pula
Auntie beli
Siput Sedut Lemak Cili Api
Sayur Pucuk Manis+Labu Lemak Putih
Lemak Cili Api Telur Itik
Rebung Daging Salai Lemak Cili Api
Sambal tumis bilis petai
Dan Ayam Percik kuah putih
tapi ketika makan kuah tak cukup
untuk feel perciknya...huhuhuhu
ghalat sebab kuah dia sedappp
auntie beli tembikai
abam jubah buatkan jus
Ohhh..nikmat betul
Sememangnya auntie beli makanan2 ni dari
muka2 penjual yang dah biasa dan kenal
nama tak tahu, hanya jumpa dipasar ramadhan
setiap tahun
Sepanjang pasar juadah tu
ada aja peminta sedekah
terasa hati..sedih amat2
sebabnya, walaupun auntie terhoyong hayang
dipimpin oleh anak utk membeli
apa yang teringin nak makan..
auntie masih ada kaki
peminta sedekah, masing2 tiada kaki
memang sedihlah, mengengsot kesana kemari
Silalah hulur..
Bersayur pula auntie
goreng mata kerbau with
dressing goreng bawang besar dan kentang
sprinkle kicap tamin lemak manis
Main dish
Sambal tumis sardin cap ayam
Berselera anak2 dan suami makan
tapi auntie control makan
abam jubah senduk kan nasi
saperti biasa dua senduk tapi auntie
masukkan balik dalam periuk
makan satu senduk saja sejak bersahur tahun ni
kurang berselera
auntie makan kurma dan air teh o
Alhandulillah perut tak meragam selama
berpuasa tahun ni
Badan auntie dah rasa ringan
dah turun some kilos atau prasan saja
hihihihi
Baru sekejap kawan auntie Suraya balik
datang pula kawan uncle Yahya
Alhamdulillah..dalam tempuh berpuasa
pun masih ada tetamu, Syukur
Moga Allah melimpahkan rahmatNya
kepada tetamu dan tuan rumah.
Aamiin.