Quantcast
Channel: VALUES OF LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Dah Rindu Rinduan

$
0
0

Dah rindu rinduan
Jumaat minggu lalu Noy pergi
Belum pun seminggu
hati auntie asyik teringat kat dia
Jaga diri disana anaku
Moga kita jumpa lagi dalam tempoh dua minggu
dengan izinNya jua

Setiap tahun bulan puasa
Anak auntie yang bungsu ke Kuwait
selalu seminggu, kali ni 2 minggu
menjalani kursus tahunan penerbangan
Diam tak diam dah 6 tahun dia berkhidmat
dengan airlines tu..
Alhamdulillah

Hairan kenapalah time Ramadhan pilihan kursus
kenapa tidak time bulan2 yang lain
Ishhh...arab, tah apa2 mentality diorang
Sian, anak auntie kata dia akan craving makanan2 melayu
bila berbuka dan bersahur disana
entahlah, auntie nengok banyak dia bawa makanan dalam tin
untuk makan dengan roti katanya

Malam bersahur sebelum dia bertolak
auntie berbual dengan dia
hati auntie ketika itu
dah pun terasa sebak memikirkan dia disana nanti
ada dia pelawa auntie untuk ikut bersama kesana
tapi auntie memikirkan uncle yang sedang sakit
sapa pulak nak uruskan
persediaan berbuka dan bersahur anak2 lelaki
siapa pulak nak masakkan
jadi memang tak dapatlah auntie nak ikut dia
bilamana masih ada lagi tugasan2 harian disini

Kali ni katanya dia plan nak bawa balik
jubah2/abaya untuk buat jualan
tapi auntie tak bagi sebab disini pun
dah belambak2 jubah2 arab
Abis tu nak beli apa dari sana?
tak yah..simpan jer duit bebanyak
kata auntie
nanti kita fikirkan nak buat apa
untuk usaha berniaga secara kecil2an



Auntie teringin nak facetime dengan dia
tapi risaukan masa yang tak bersesuaian
diKuwait lima jam lewat dari masa KLumpur

Semalam uncle tunjukkan sms dia pada Noy
Rupa2nya uncle pun dah rindu anak dia
sampai menanya kabar berita
Auntie kata pada uncle janganlah kacau dia
dia kursus dan ada peperiksaan tu
Jika dia dah habis semua paper
nanti dia hubungi kita lah

Selamat berjaya semua peperiksaan
Mama dan Papa menanti kepulangan
dengan sabarrrr
untuk rinduan yang menebal

Bagaimana sesorang mengubati rindu?
terhadap suami, isteri dan anaknya?
pada ibu, ayah dan nenek

Ohhh....rindu orang dulu2 tanpa surat
atau fon..

Tak boleh auntie nak bayangkan...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles