Salam dari Makkah
Semalam auntie kepenatan amat2
Makan tengahari pun tak lalu
Auntie deman urat
Makanan catering dah hampir sebulan kami adap
Aduhai, masak kawah lah katakan
Nak sedap memang tak ada lah
Harap makan untuk kenyang sahaja
Kebiasaan auntie membeli makanan pagi dan petang yang dijual dihotel ni
Semalam auntie beli mee bandung
Hihihihi
Gambar sesudah makan
Auntie hirup kuahnya hingga to the last drop
Bubur2 yang dijual kat sini boleh tahan sedap juga
Sekurang2nya dapatlah mkn yg terasa sedap ditekak
Semua dijual dengan rege 4 hingga 6 riyal saja
Alhamdulillah
Semalam auntie dan anakanda Khairul buat umrah sunat
Pada pukul 10.00 mlm kami bergerak dengan bas executif coach ke Tana'im
Dengan tambang 10 riyal sahaja
Memang ada kemudahan setiap malam untuk buat umrah sunat dihotel ni
Alhamdulillah
Auntie selesai tawaf dan saie pukul 4 pagi
Alang kepalang auntie solat subuh diMasjidilharam pagi tu
Sebab subuh disini masuk pukul 5 pagi
Ermmm...auntie selalu lupa bawa kamera untuk bergambar
Masing2 ada talipon, memang bergambar sakan, semua bangsa bersakan
Bergambar kenangan background Kaaba
anakanda ambilkan juga gambar2 auntie tapi sikit2 aja
Auntie pun kurang bergambar disini sbb asyik terlupa bawa kamera kemana2
Masih ramai manusia disini
Sibuk menyopping dan berulang alik ke Masjid
Dah hampir tiba dah keberangkatan keMedina untuk group auntie
Semakin hampir, semakin sedih, auntie sebek2 dan berhingus2 nanges bila memandang Kaaba
Jika tak keMasjid, memandang di tv pun auntie boleh nanges
Gitulah perasaan auntie disini
Maklumat2 selalunya ditampal sebelah lift disetiap tingkat
Ohhh yea, hotel auntie ni 12 tingkat saja
Tingkat paling atas, terbuka untuk sidai kain
Auntie tak pernah naik pun, tak larat nak usung baldi kain kesana kemari
Auntie sidai dalam bilik air, guna penyangkut baju yg auntie bawa
Dua hingga tiga hari baru kering
Ada juga kemudahan dobi tapi mahal lah
Satu seluar 7 riyal
Amboi tambah 3 rial saja auntie boleh dapat seluar baru tau
Bukannya kotor pun, basuh untuk hilangkan habuk dan peluh aja
Ishhhh... Dahlah auntie stop dulu disini
Muka auntie ni tersidai kat lobby setiap hari
Hihihihi sebab nak guna wifi yg slow mcm siput vavi
Dan terputus2 connection ratusan kali
Facebook lansung tak boleh nak access
Ohhhhh...very terpaksa sabar jelah jika nak online
Tapi syukurlah auntie dapat juga lepaskan rindu
Berfacetime dengan uncle selang dua tiga malam gitu
Miss him so much
Jika ada peluang umur panjang bertemu lagi dalam masa terdekat
Auntie nak peluk uncle ketat2
Sapa rindu auntie?
Hihihi
Auntie selit gambar terbaru auntie berselfie dalam bilik
Auntie dah mula mengemas beg
Untuk berangkat ke Medina