Salam sayang dari Madinah untuk readers auntie
Auntie telah pun sampai Madinah waktu Asar Jumaat yang lepas
Alhamdulillah
Auntie dan anakanda buat Tawaf Wada (selamat tinggal)
DiMasjidilharam sejurus selepas subuh
Pukul 7 pagi baru selesai
Sedih dan pilu tidak terhingga, menangis terisak2 tanpa malu disekeliling
Akhirnya auntie tinggalkan tanah haram menuju Madinah pada pukul 9:30 pagi
Menaiki bas yg amat selesa, pendingin yg sejuk selama hampir 6 jam
Perjalanan melalui jalan raya yang amat jauh dan lama
bagi auntie sejak jatuh sakit pada tahun 2008
Memang terasa jauh dan lama untuk sampai ke destinasi
Auntie ambil painkiller actifast untuk tidak rasa sakit yang berat
Cuma kaki dan tangan kebas2 sedikit
Bas berhenti didua kiosk, auntie berdiri untuk stretching dan buang air kecil
disalah satu kiosk tu
Ahhhh... Auntie tak perasan tag nama auntie tercicir
Tag tu penting sbb dengan tag tulah boleh withdraw duit simpanan TBH huhuhu
Dah lah kekeringan cash ni hihihi
Tak per, auntie boleh minta buat baru tapi siap selepas 24 jam
Ni yang Baru siap dah
Alhamdulillah
Sepanjang perjalanan dari Mekah ke Madinah
Arab Saudi bersedekah makanan ringan kpd jemaah2 di setiap RNR
dengan air mineral, air kotak berperisa buah2an
Roti, kek, biskut dan ice cream...
Amboi auntie terasa mcm budak2 sekolah mkn sekut2 dan roti
Kami orang Msia nak nasi wehhhhh
hihihi
Beg2 kami pergi dulu sehari sebelum kami bergerak
Beg2 ditag nama hotel dan no bilik di Madinah
Auntie berada di Mekah selama 34 hari
Bilik terletak di tingkat 4
Bilik auntie di tukar cadar, dicuci bilik airo
Oleh seorang berbangsa bangla, Osman namanya
Auntie selalu bagi buah2an, air mineral dan kadang kala
Makanan tghari auntie pada dia
Duit tips sekali sekala
Hihihi auntie minta nak ambil gambar dia buat kenangan
Oh Yea pada readers yang belum tahu
Semasa auntie mengisi borang tawaran ibadah haji
Auntie memang mohon utk ke Mekah dulu
Sebab memang auntie tahu perjalanan jauh dari Madinah ke Mekah
Selalunya perjalanan sebegitu akan membuat auntie letih dan sakit badan berhari2
So auntie pilih ke Mekah dulu untuk urusan haji baru ke Madinah pula
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan2 auntie diMekah dan Madinah
Tentang kesihatan pula
Alhamdulillah, auntie tidak batuk cuma kering bibir dan kulit tangan auntie kedut2
Ni gambar auntie setelah beberapa hari di Mekah
Auntie heran kenapa kering sangat kulit dan bibir auntie
Walhal auntie pakai lips balm
Dah tu kulit kaki auntie pecah2/merekah
Selepas buat tawaf
Huishhh cleaner di masjidilharam pakai chemical kuat
Kata kawan auntie sebilik, auntie tak minum air secukupnya
Waduhhhh..minum air banyak2 susahlah pula
Asyik nak terkucil bila dimasjid nanti huhuhuhu
Auntie jumpa doktor,
Auntie ngadu kat doktor kenapa kulit tumit kaki jadi mcm papan tak berketam
Doktor dan pembantunya ketawa lalu menghulur ubat pada auntie
Ni ubat untuk ketam papan tu
Bagus ubat ketam opapan tu
Berkurangan setelah disagat hihihi
Sejak tu semua petugas klinik TBH dah kenal auntie
Padah kurang pengambilan air, ada suatu pagi tu kepala auntie putar2
Hihihih pening kata orang Msia
Auntie jumpa doktor lagi, kali ni
Doktor tahan auntie, katanya auntie kena masuk air
Terperanjat auntie, sebab kena masuk sickbay
Anakanda ambilkan gambar auntie semasa terbaring dikatil
Auntie tak panik pun sbb
Muka auntie atak sinyummmmm semasa diambil gambar
Demam urat sbb keletihan berjalan ke Masjid dan menyopping
Adalah perkara biasa pada kami jemaah2 disini
Telan ubat demam esok fresh bila bangun tidur
Boleh ke masjid dan bershopping lagi
Curlassss gitu
Masa di Arafah
Auntie kena alergi karpet
Gatal kulit seluruh badan
Ohhhh...jumpa doktor lagi
Dia bagi ubat makan sahaja
Ubat sapu dikulit habis katanya
Rupa2 nya ramai kena alergi karpet
Auntie sempat bergambar dengan doktor semusim haji dengan auntie
Semasa dia lalu depan bilik auntie menghantar ubat disalah satu bilik
Masa tu auntie sedang berbual2 di meja mkn dengan roomates
Terus auntie minta nak bergambar
Auntie bertanya Doktor Faris
DiMsia dia attach dimana
Seronoknya auntie dengar bila dia kata
Dia doktor tentera di Hospital Pakar Tuanku Mizan
yeahhhh boleh berjumpa lagi
Alhamdulillah..
Auntie perit tekak ni
Bila auntie bersin mesti berdarah
Tapi auntie malas nak tunggu giliran jumpa doktor kat Madinah ni
Bila auntie jenguk klinik TBH
Berderet2, berpuluh2 pesakit
Ermmm..bila agaknya klinik tu akan lengang?
Auntie kena sto nulis dah tiba bersiap untuk ke masjid solat zohor