Quantcast
Channel: VALUES OF LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Sebagai Gantinya...

$
0
0
Belek2 terjumpa draft N3 dari Mekah
Sayanglah jika dibuang atau didelete
Auntie published hari ni

                          ~~~~~~

Salam dari Mekah untuk semua readers auntie
Baru lepas solat duha dibilk
Auntie keluar ke lobby hotel
Bersurfing sekejap sambil tunggu waktu zohor masuk
Tiba2 Terfikir....
Sampai kesudah tak bertemu cucu...
dah hampir tiga tahun kini dan sampai bila2 kah?
Tak mengapalah, auntie berserah pada Yang Maha Esa

Auntie hanyalah insan yang lemah
Allah menguji auntie disini dengan kerinduan terhadap
satu2nya cucu auntie Nur Zara Sofea, masih merinduinya
Ada auntie bersembang diMekah ini dengan anakanda Khairul ttg cucu
dan mertuanya tapi anakanda auntie kata
Biarlah mereka begitu ....

"Setiap perbuatan kebaikan atau keburukan didunia 
pasti akan dapat pembalasan"

Kemudian, auntie memujuk hati auntie dan berdoa

"Wahai hati yang pilu dan sedih kerana kerinduan, tenang lah.."
"Moga kerinduan ini tidak mencacatkan ibadah ku disini"





Auntie ke masjid untuk bersolat
ketika itu ramai jemaah, padat, bersempit2
auntie sedang bersila mengadap ipad
auntie mengaji..
mengapa mengaji dengan ipad?
auntie bawa ipad sebabnya kadang kala rak Alquran jauh
dari tempat auntie

Semasa menunggu waktu maghrib di Masjildilharam
Ketika bersempit2 Allah memberi ruang kepada
keluarga Pakistan anak beranak duduk sebelah auntie
SubhanAllah..

Ada seorang anak perempuan sebaya dengan cucu
duduk telepok sebelah auntie
Anak itu tak bersembang dan bercakap pun
tapi saperti hati kami bertemu
Mata kecilnya yang bercahaya bertentangan mata auntie
Tak tahu auntie nak cerita perasaan auntie masa tu
Tangan kami berpegangan, dibiarkan auntie  membelainya
Kakinya yang comel, kuku kecilnya berinai
Walaupun bukan cucu sendiri tapi Adiba Khan
hampir sebaya cucu auntie
mungkinlah...entahlah auntie dah tak tahu sebesar mana cucu auntie sekarang ni
Macam mana auntie tahu nama nya?
Adiba Khan tunjuk tag dia

Alhamdulillah, dapat bermesra dan berkasih untuk satu waktu
Waktu yang amat terindah bagi auntie disini..
hati yang merindui..diubati dengan sekelip mata

Auntie rakam gambar ni dengan lelehan air mata sebagai kenangan









Allah Maha Mengetahui hati auntie
Maka Adiba Khan dihantar untuk mengubati kerinduan sebagai gantinya
Alhamdulillah ...






Terfikir lagi..
Jika terus menerus mengejar keseronokkan dunia
Mata hati akan terus buta
Semoga Allah swt memberi hidayat kepada yang alpa
Aamiin.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles