Quantcast
Channel: VALUES OF LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Menangis Dan Menangis

$
0
0
Tak habis lagi menceritakan pengalaman ibadah haji auntie
lama betul tertangguh, ermmm..macam2 sibuk
membuat auntie tidak menulis sekian lama
Hari ni tergerak hati nak menulis dan sambung
Alhamdulillah

Moga penulisan auntie menjadi semangat
untuk readers kesana menunaikan ibadah haji
Berikhtiar bersungguh2 dengan mengumpul duit
dan bermohonlah pada Allah semoga dijemputnya
akan rukun islam yang kelima
Terpulanglah akan rezeki yang Allah ganjarkan
berpackage atau bermuasasah

Gambar dibawah ni auntie menangis sebab 
ditinggalkan untuk menziarahi makam Rasulullah SAW
Sempat auntie berselfie dalam bilik 
sebab ini adalah wajah kesedihan yang amat2
menjadi kenangan bagi auntie

Disebabkan auntie tak pergi taklimat yg dibuat oleh staff TBH
Sedia maklum, kan auntie tak dpt mendengar 
Jadi memang auntie tak pernah hadirkan diri untuk apa2 taklimat
sepanjang ibadah haji selama 42 hari
Auntie harapkan feed back roomates atau dari anakanda Khairul
Lawatan tersebut bergerak dari hotel pukul 8:30 pagi
Anakanda Khairul pergi dengan group lelaki
Group perempuan dalam bilik mungkin memikirkan auntie akan 
menyusahkan mereka sebab berkerusi roda
Mereka semua nak berebut bersolat sunat diRaudah
Maka ditinggalkan lah auntie sorang2 dibilik 
Punya lah sedih, Allah saja yg tahu







Walaupun auntie pernah berRaudah ketika berumrah dahulu
tapi kali ni adalah ibadah haji 
rasa tak lengkaplah ibadah haji jika tidak dapat menziarahi 
makam Rasullullah dan berRaudah

Bila tiba waktu solat Duha, auntie bersolat dibilik sorang2
Menangis dan menangis
Tangisan tanpa henti, amat sayu
Sampai bengkak mata, bengkak bibir dan bengkak hidung
Auntie menadah tangan berdoa dan mohon pada Allah swt
Supaya permudahkanlah auntie untuk menziarahi makam Rasulullah
Jemputlah insan yang kurang upaya ini
Yang sudah pun berada di Madinah
Dah terlalu hampir

Kesedihan tidak terkawal
Auntie bertongkat pula keluar bilik merayap ke dewan makan
Dengan membawa duit lima puluh riyal
Nak beli croissant, masa tu waktu lebih kurang pukul sepuluh pagi
Memang lapar sangat, belum bersarapan
Boleh pulak kaunter tu tak ada duit tukar untuk croissant yg auntie nak beli
Wahhhhh apa lagi, sambung menangis lagi depan kaunter tu
Mesti budak arab tu konfuse nengok auntie menangis
Tak putus asa, auntie keluar hotel bertongkat
Untuk mencari kebab pula
Sambil berjalan terhoyong hayang menangis
Tangan auntie si pegang oleh seorang perempuan warga emas
Auntie biasa berbual mesra dengan dia beberapa kali diMekah
Dia bertanya nak kemana dan mengapa menangis
Auntie tunjuk duit auntie dan mengatakan auntie lapar
Tapi kaunter tu tak ada duit kecil
Dia seluk poket dia dan hulur kat auntie duit 
tak ingat dah berapa riyal
Punya lah sedih dan malu pun ada
walhal sedih teramat sebab ditinggalkan utk ziarah

Depan hotel menuju kedai kebab
Anakanda Khairul muncul dan pegang tangan auntie
Mulalah auntie merajuk, tepis tangan dia
Dia mencium auntie dipipi yang penuh dengan linangan airmata
Katanya jangan lah sedih nanti dia bawa auntie
Katanya boleh sorong auntie depan pintu masuk
Tapi diluar masjid katanya
Memang perempuan tak boleh masuk melalui pintu tu
Khas utk para jemaah lelaki sahaja
Auntie setuju dengan menganggok2kan kepala
Jika itu bahagian auntie 
auntie terima dan redha akan hakikat sedemikian

Selepas solat Isyak
Anakanda khairul bawa auntie kesitu
selepas solat Isyak
Auntie hanya dapat melambai kubah hijau didataran
Dari jauh....sungguh sayu
Auntie berdoa dan bermohon
Moga auntie akan bertemu Rasulullah dipadang mahsyar
Untuk mendapat syafaatnya
Aamiin

Dalam bilik kecoh kawan2 auntie
mencerita hal mereka diRaudah
berpusu2 dan berebut2
solat sunat pun ditolak2 dan dilangkah2 oleh jemaah lain
Auntie dikatil pembaringan
menutup muka dengan bantal dan menangis lagi kesedihan

Keesokkan hari
kawan auntie kata nak bawa auntie keRaudah
memang boleh kesitu sebab ada lorong 
untuk orang2 berkerusi roda, dia baru tahu katanya
Auntie amat2 bersyukuri
Allah telah membuka hatinya untuk membawa auntie
Alhamdulillah

Rezeki auntie dari Allah swt
auntie diiringi oleh pengawal pintu perempuan
sepanjang lorong menuju keRaudah
hairan auntie, mengapa perempuan arab tu terbuka hati
untuk mengiringi auntie
dari matanya disebalik purdah, auntie tahu dia muda
terharu..


Lorong berkerusi roda menuju ke Raudah

Auntie juga disorong oleh seorang perempuan asia
dia terhinjut2 masa berjalan 
mungkin dia mahu berpaut dengan kerusi roda auntie
perjalanan disitu dibenarkan hanya seorang sahaja
untuk menemani orang berkerusi roda
kesian perempuan asia tu, dengan keadaan terhinjut2 begitu
dia menggunakan lorong kerusi roda
nasib pengawal yang mengiringi auntie tu
bagi dia peluang menolak kerusi roda auntie
Alhamdulillah

Pergerakkan disitu teratur, tiada rebut2
sepuluh++ kerusi roda at one time diRaudah
untuk sesiapa yang tidak pernah beribadah umrah atau haji
diRaudah permaidani putih dihampar 
dan tiang2nya juga berlainan
untuk membezakan kawasan Raudah

Gambar dari googles


Auntie bersolat dengan tenang
masa yang diberi mencukupi untuk bersolat sunat2 yang lain
berdoa dan bermohonlah auntie dengan linangan airmata
menangis dan menangis diRaudah
Rahmat Allah pada auntie tak terhingga




Selepas diRaudah, 
singgah untuk minum air zamzam

Kawan auntie kata amat mudah
berbanding semasa dia keRaudah dengan roomates kemarin 
dan dia nak sorong auntie lagi keesokkan hari
Auntie suka jika dapat kesitu lagi
Jadi kami keRaudah lagi sekali
Alhamdulillah

Amboi, dah dapat dua kali kesitu
kawan auntie kata nak pergi lagi
nak tolak auntie lagi
Auntie menolak permintaan dia
kata auntie tak baik tamak2
biarlah orang lain pula merasa kesitu
Maka dia faham


Sedutan dari googles tentang syafaat Nabi SAW dipadang Mahsyar

Mereka pun berkata
‘Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah seorang Rasulullah dan penutup para nabi. Semua dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian, juga telah diampuni oleh Allah. Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami. Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?’ Aku pun lalu pergi ke bawah Arsy. Di sana aku bersujud kepada Tuhanku. Seterusnya Allah mengajariku lafaz pujian dan sanjungan kepada-Nya yang belum pernah Dia ajarkan kepada seorang pun sebelumku. Setelah itu Dia berfirman: ‘Wahai Muhammad, bangunlah. Sekarang mintalah, nescaya akan dikabulkan bagimu.’ Aku pun lalu bangun dan berkata: ‘Umatku, wahai Tuhan. Umatku, wahai Tuhan, Umatku, wahai Tuhan (berilah mereka rahmat dan keampunan). ‘ Dia lalu berfirman: ‘Wahai Nabi Muhammad bawa masuklah ke dalam syurga segolongan umatmu yang (sudah dijamin masuk syurga) tanpa hisab melalui pintu yang berada di sebelah kanan syurga. Namun mereka juga tidak dilarang untuk memasukinya melalui pintu yang lain bersama orang ramai.’ Seterusnya, Nabi SAW bersabda: Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya jarak antara kedua daun pintu syurga itu sebagaimana jauhnya jarak antara kota Makkah dan Kota Hajar atau antara Kota Makkah dan Kota Bushra.”      (Riwayat al-Bukhari no.3340 dan Muslim no. 194)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles