Hari Khamis yang lalu 3 hb Oktober,
Abam jubah tidak ke pejabat saperti biasa
demam dan kepala berdenyut2 katanya
Tidak mahu bersarapan cuma meneruskan tidur
dah tengahari auntie bertanya : "Bila nak pergi klinik ni?
risaulah mama, kata sakit kepala dan demam"
abam jubah hanya menganggok2 dan terus pejam mata
lalu tidur lagi..
Aduhai risau auntie..
Dia bangun pukul 2 petang
Makan sekeping tahu goreng, lalu terus dia pergi ke klinik berdekatan
Balik dari klinik, katanya dia ada temperature dan bp yang tinggi
Doktor buat surat refer ke hospital
Jadi dia nak ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan
Lama betul tiada call dari abam jubah.
Maghrib baru lah abam jubah call kata kena masuk wad
Jadi auntie solat maghrib dulu, lalu kemudian
auntie siapkan segala benda2 keperluan masa berada dalam wad
Pelas air panas, mug, sudu dan garfu
Milo, gula, biskut jacob dan roti
serta pakaian2nya.
Uncle pergi bersama PG sebab nak bawa balik kereta
yang abam jubah parking di hospital
Auntie tak ikut sebab tak sihat malam tu
Uncle pulang dan menghulur kamera
dia tahu auntie mesti risau dan nak tengok
keadaan abam jubah di hospital
Uncle ambil tiga keping gambar anak kesayangan auntie
dari gambar yang auntie lihat
katilnya baru, langsir dan dinding cantik
baru reno kot wad tu, berkata dalam hati..
Kata abam jubah, mereka tebuk sana sini nak ambil darah dan masukkan drips
mereka buat pemeriksaan yang menyeluruh nak tahu mengapa Bp abam jubah
tidak turun2 malah bertambah naik dihospital hari khamis dan jumaat tu.
Dari keputusan pemeriksaan, paru2 okay, buah pinggang okay, jantung okay
jadi mengapa Bp tak turun2..
Pagi Sabtu pakar datang menjengok abam jubah
Doktor pakar..memang terbaiklah..
dia gunakan jari dia cucuk kat perut abam jubah
menjerit abam jubah ketika itu..
Haaaa...appendix kata doktor pakar depan doktor2 yang lain..
Pesakit kena puasa 8 jam at least, petang masuk Operation Theater
Adiknya Pija dan suami pergi ambil kesemua barang2 abam jubah
termasuklah handphone, purse jam dia termasuklah buah tangan
yang ada disitu.
Tak sempat dia makan buah tangan sebelum masuk OT disebabkan kena berpuasa
Lebih kurang pukul 11 malam, abam jubah talipon uncle, dia meminjam
talipon kawan sebelah katil untuk memberitahu, dia dah keluar
Bercakap lalok2 kata uncle..hihihi masih ada balance sedatif kot..hihihihi
dia nak bagi tahu yang dia ditukarkan ke wad lain. (Wad Pembedahan)
kesian, masih dia susah2 teringatkan kami utk kesenangan kami
melawatnya keesokkan hari.
Tiada siapa yang jaga dia malam tu
biarlah para doktor dan misi yang jaga
Alhamdulillah..hari Ahad tengahari auntie sempat melawat dia
dengan uncle
Selalu auntie tegur abam jubah, jangan letak tangan di dahi tapi
selalu terjadi otomatik secara tidak perasan katanya
Mengapa??? Sebab banyak memikirlah tu
Tidak auntie bertanya pun
Tak yahlah auntie tanya apa yang difikirkannya
Seorang ibu tahu...apa dilubuk hati anaknya
Abam jubah discharge maghrib pada hari Ahad
hihihihi, jalan mundar mandir dirumah macam baru bersunat gitu
Auntie bercerita kelakar2 untuk menghiburkan hati abam jubah
dia ketawa2 sambil memegang perutnya
"mama janganlah citer kelakar2, sakit perut ni bila ketawa"
hihihihihi
Semalam, lebih kurang pukul 10:30 kawan2 opisnya datang
Hanya dua orang saja yang auntie kenal
selainnya muka baru
Mereka yang lain tak dapat datang
sekarang ni memang tengah amat sibuk kata mereka
Hadiah hamper berisi biskut dan cekelat..hihihii
auntie dulu yang ngapp keropok duble decker
yang apit kiri kanan air oren tu
Pagi2 lagi Uncle dan Abam jubah dah keluar rumah
nak cuci dan tukar dressing luka
Ada bunyi ketukkan daun pintu
Nanti jap auntie gi jengok.....
Yeayyy...mereka dah balik
Amboi dua2 bertopi
terus auntie nak ambil gambar
dua lelaki kesayangan auntie diporch..hihihihihi
Muka yang maintain senyum selalu
Alhamdulillah..berihatlah anakku dan cepat sembuh
dengan MC mu, yang di beri oleh doktor sampai selepas Hraya Aidul Adha.